Monday, May 19, 2014

Basic Photography

Depth of Field.
Depth of Field adalah kawasan (area) ketajaman (sharpness)  gambar pada lingkungan jarak dari hadapan hingga belakang.
Kebiasaannya subjek yang kita fokus akan menjadi tajam (sharp). Tetapi dengan memahami Depth of Field, selain subjek yang anda fokus menjadi tajam (sharp), subjek dibahagian hadapan dan belakang juga boleh menjadi tajam!
Ketajaman subjek yang diperolehi dari bahagian hadapan hingga bahagian belakang subjek yang difokus dipanggil Great Depth of Field. Manakala ketajaman subjek yang terhad diantara bahagian hadapan dan bahagian belakang subjek yang anda fokus dipanggil Shallow Depth of Field.
Anda perlu ingat, Depth of Field dipengaruhi oleh 3 faktor seperti aperture, focusing distance dan focal length.
Konsep Depth of Field ini akan banyak berguna terutama dalam fotografi portrait dan fotografi makro, namun sebenarnya semua spesifikasi akan menggunakannya.
Kita boleh lihat yangnombor aperture yang lebih kecil (f/2.0) akan menghasilkan ‘greater isolation’ atau 'pengasingan yang lebih baik' untuk objek yang hendak difokus dengan latar belakang.
Berbanding dengan aperture f/6.3, latar belakang gambar kelihatan lebih jelas dan tampak berbanding sebelumnya kerana DOFnya lebih besar / luas berbanding DOF untuk f/2.0. 
BILA HENDAK GUNA APERTURE BESAR DAN APERTURE KECIL
Dalam ilmu fotografi, lazimnya nombor aperture yang besar (DOF besar, bukaan lensa kecil) seperti f/11, f/16 ataupun f/22 digunakan untuk mereka yang sukakan fotografi lanskap atau apa jua fotografi yang memerlukan foto yang mempunyai butiran (details) yang jelas dan fokus yang tajam.




Composition / Komposisi
Secara ringkasnya, komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik. Kalau korang ambik seni, mesti tau kan apa itu elemen seni. Yang tak tau tu, elemen seni ni seperti garisan, warna, tekstur, bentuk, ruang dan banyak lagilah.
Asas-asas komposisi
1. Rules of third
Pada rules of thirds, bidang foto dibagi menjadi tiga bagian sama besar baik secara vertikal maupun horisontal sehingga anda memiliki 9 area yang sama besar. Dengan demikian, kita sekarang memiliki pertemuan empat titik.

Keempat titik pertemuan yang diwarnai merah diatas bisa kita sebut sebagai empat titik mata. Nah teori komposisi rules of thirds mengatakan bahwa kalau kita menempatkan “point of interest” alias bagian paling menarik dari sebuah foto di salah satu titik tersebut, maka secara keseluruhan foto akan menjadi lebih balance dan enak dilihat.
Tidak semua empat titik harus diisi bersamaan, cukup salah satu. Dan elemen point of interest tersebut bisa jadi berupa obyek foto manusia ataupun benda mati.
Dalam ilmu desain disebutkan bahwa saat melihat sebuah gambar, mata manusia secara natural tertuju pada salah satu titik diatas dibandingkan pada pusat titik tengah foto. Sehingga foto yang disusun dengan komposisi rules of thirds lebih enak dimata karena sejalan dengan cara mata kita melihatnya.


2. Balance / Keseimbangan
Untuk mencapai keseimbangan dalam komposisi, kita boleh menggunakan segala elemen sebagai penyeimbang objek yg kita perlu seperti warna, kontras, pencahayaan, dan penempatan objek lain yang setara “beratnya” secara visual. Lebih dalam mengenai penempatan objek dalam komposisi seimbang adalah keseimbangan simetri, keseimbangan asimetri, dan penempatan major minor.



Sekian.

Apa itu Aperture Dan Shutter Speed

Aperture

Aperture diukur dalam 'f-stop'. Contoh bacaan aperture: f/1.4, f/1.8, f/2.8, dan f/5.6. Sebenarnya aperture ni adalah bukaan lensa. Konsepnya sama macam mata kita. Keluasan bukaan akan mempengaruhi jumlah cahaya yang masuk. Nombor yang kecil menunjukkan bukaan yang luas manakala nombor yang besar beerti bukaan yang kecil.

Cara penggunaannya, dalam waktu atau suasana yang terang benderang, gunakanlah aperture yang kecil (bukaan yang kecil). Sebabnya untuk mengelakkan over expossure. Macam apa yang telah dinyatakan tadi, konsep aperture sama dengan mata kita. Kalau di tempat terang, kita akan kecilkan mata kita..jadi untuk kamera, anda kenelah menggunakan aperture yang kecil.

Perkara yang selalu new photographer confius ialah term aperture besar and aperture kecil. Untuk pengetahuan anda, aperture kecil merujuk kepada bacaan f/stop nombor yang besar. Aperture besar pula merujuk kepada f/stop yang nombornya kecil. Jadi secara mudahnya, f/1.4 adalah besar daripada f/22.

Pengawalan bukaan aperture adalah penting untuk menentukan hasil gambar kita. Untuk belajar boleh la guna simulasi kamera. Selain aperture, shutter speed dan ISO juga memainkan peranan penting.




Contoh aperture




Shutter Speed - 1/xxxs 


Shutter speed ialah kadar kelajuan shutter ditutup apabila sesuatu image di'capture'. keadaan ini menentukan berapa lama image terdedah kepada cahaya. Semakin laju shutter speed (fast shutter speed), semakin 'sharp' image yang di'capture.' Semakin perlahan shutter speed (slow shutter speed), semakin 'blur' image yang di'capture'.

Shutter speed juga memainkan peranan penting semasa menangkap gambar. Jadi, apakah mekanisma yang mengawal shutter speed? Shutter speed ditentukan dalam unit per saat (per second). Sebagai contoh, 1/1000s dan 1/500s. Shutter Speed 1/1000s adalah lebih laju berbanding shutter speed 1/500s. Kebolehan menukar shutter speed ini boleh membuatkan gambar yang di'capture' lebih menarik. Sebagai contoh, mengambil gambar objek yang sedang bergerak memerlukan shutter speed yang laju untuk menghasilkan image yang lebih sharp manakala mengambil gambar air terjun dengan menggunakan shutter speed yang perlahan boleh menghasilkan efek 'blur' pada air tersebut. Hal ini boleh membuatkan gambar yang diambil lebih menarik dipandangan mata. Contohnya:



Contoh shutter speed


slow shutter speed

fast shutter speed

Sekian.


Cc : True DSLR


Exposure / Eksposur

Apa itu Exposure?

Exposure (dedahan) merupakan jumlah cahaya yang diterima oleh filem. Kamera mengawal jumlah cahaya dalam dua cara melalui jumlah masa shutter di buka dan melalui saiz aperture pada lensa.menyebabkan esposure yang sama dapat diperolehi daripada pelbagai kombinasi  shutter speed dan aperture. Memberi filem anda exposure yang tepat pada dasarnya memberi hasil yang menarik untuk imej yang dirakamkan tetapi persoalannya ialah, apakah exposure yang tepat untuk sesuatu babak? Untuk kebanyakan subjek, jawapannya adalah mudah dan jelas terdapat di dalam gambar yang diambil.   Exposure yang tepat merupakan pendapat dan pilihan masing-masing.

Menganggar Exposure

Semua kamera moden 35mm SLR dan yang berformat setengah SLRs, mempunyai meter cahaya yang berada di sebelah lensa.  Ia digunakan untuk mengetahui jumlah exposure yang diperlukan oleh sesuatu subjek menggunakan film speed. Meter cahaya ini mudah menyala-sel sensitif yang memastikan jumlah cahaya yang terdapat pada subjek.   Jumlah cahaya diukur, sekali lagi dengan menggunakan skala separuh dan berganda.  Sebagai contoh, 5 bermaksud terdapat dua kali cahaya sebagaimana di paras 4 dan separuh sebagaimana di paras 6.

Film speed perlu ditetapkan dengan tepat bagi memperolehi bacaan exposure yang tepat.  Apabila permukaan ditetapkan pada paras cahaya yang sesuai, kombinasi julat f-stop dan shutter speed ditunjukkan. Semuanya akan menghasilkan exposure yang sama. Seting exposure yang sesuai mungkin diberi pada paparan digital.  Pelbagai meter cahaya hand-held boleh didapati yang digunakan secara berasingan dari kamera.

Spot Metering

Meter mengambil nyalaan bacaan daripada sebahagian kecil subjek yang dikenali sebagai spot. Pemilihan spot sangat penting kerana spot yang dipilih merupakan ton yang dikehendaki bagi dedahan cahaya yang tepat.


Center Weighted Metering

Meter mengambil nyalaan bacaan daripada subjek tetapi tempat yang menjadi tumpuan adalah di tengah-tengah kawasan.


Matrix Metering

Dengan cara ini, meter mengambil beberapa bacaan merintasi bingkai dan membandingkan ia dengan pangkalan data yang disimpan dalam memori sistem.


Sekian.


Sunday, May 18, 2014

Sejarah Perkembangan Kamera

APA ITU KAMERA?

Kamera ialah alat yang digunakan untuk merakam imej sebagai gambar atau foro yang pegun serta satu susunan imej bergerak ( filem / video ).
Kamera masa kini berevolusi dari kamera pertama yang tercipta iaitu kamera obscura yang diambil istilah bahasa latin yang bermaksud "Bilik Gelap" serta satu mekanisma awal bagi memaparkan imej yang mana seluruh bilik berfungsi sebagai sistem penghasilan imej tepat masa.
Kamera obscura ini mula dicipta oleh saintis muslim bernama Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham.

SEJARAH PERKEMBANGAN KAMERA.

Kamera pertama yang berjaya di hasilkan ialah kamera Obscura, dan ianya merupakan kamera pertama yang berfungsi dan mampu menangkap dan menghasilkan gambar. Namanya di sebut sebagai Obscura yang di ambil dari bahasa latin yang bermaksud ruang gelap. Kamera Obscura merupakan kamera yang diperbuat dalam bentuk kotak dan dapat memantulkan cahaya melalui penggunaan dua buah lensa konveks, kemudian gambar yang di tangkap akan terakam pada sehelai kertas atau filem dan filem tersebut berada pada pusat focus dari lensa tersebut. Kamera Obscura terhasil dari kajian pengkaji muslim yang bernama Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham dan kajianya di tulis di dalam bukunya yang berjudul “Books of Optics”(1015-1021).
Sementara itu, di tahun 1660-an pengkaji yang berasal dari barat iaitu Robert Boyle dan pembantunya yang bernama Robert Hooke menemukan portable kamera obscura. Namun kamera pertama yang praktikal dan berbentuk kecil telah di hasilkan olah Johann Zahn dan penemuan ini berlaku pada tahun 1685. Kamera pada awalnya banyak menerapkan prinsip model Zhann di mana ianya perlu menggunakan slide tambahan yang di gunakan untuk memfokuskan objek yang ingin di rakam. Cara penggunaan system tersebut adalah dengan menambahkan sebuah plat sensitive di hadapan lensa kamera yang di gunakan sebelum melakukan pengambilan gambar.

KAMERA OBSCURA


 Perkembangan kamera terus berlanjutan, dan Jacques Daguerre merupakan salah seorang yang berperanan dalam perkembangan teknologi kamera. Daguerre di lahirkan pada tahun 1787 di Cormeilles di Perancis Utara. Semasa masih muda, beliau merupakan seorang seniman. Apabila berumur 30-an, beliau mendapat satu idea apabila beliau mempamerkan hasil lukisan pemandanganya dengan bantuan kesan cahaya. Beliau berasa tertarik apabila melihat perkembangan satu mekanisma yang menyebabkan beliau ingin menghasilkan lagi satu lukisan yang sama tanpa perlu melukis dan mewarnakan semula. Erti kata lainya beliau ingin lukisan di buat secara outomatik sahaja. Beliau merasakan ini mungkin terjadi dengan bantuan kamera.
Pada tahun 1827, Daguerre bertemu dengan Joseph Nicephore Niepce yang juga sedang mencuba untuk menghasilkan kamera dan mereka berdua bekerjasama dalam membuat kajian mengenai kamera. Namun pada tahun 1833 Niepse meninggal dunia. Daguerre tetap melanjutkan kajianya dalam pembuatan kamera. Pada tahun 1837, Daguerre berhasil menghasilkan sebuah sistem praktikal fotografi yang di kenali sebagai “Daguerreotype”. Pada tahun 1839 Daguerre mengumumkan secara terbuka kepada orang ramai tentang kejayaanya dalam kajianya mengembangkan teknologi kamera. Beliau menjadi terkenal di waktu itu dan hasil kajianya dengan cepat berkembang dan banyak di gunakan oleh khalayak. Pada tahun 1851 di tempat asal kelahiranya Daguerre meninggal dunia. 

Tahun 1900 seorang Jurugambar telah mencipta kamera Mammoth (lihat gambar diatas). Kamera ini amat besar ukurannya dimana beratnya 1,400 pound. Lensa seberat 500 pound. Sewaktu mengubah atau memindahkannya tenaga manusia seramai 15 orang diperlukan. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya. 

KAMERA MAMMOTH

Obscura telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak oleh George Eastmen pada tahun 1888. yang lebih kecil. Pada zaman ini wujud kamera lebih kecil dan yang terkini ialah kamera digital. Gambar di bawah menunjukan kamera Kodak yang terawal di hasilkan dan namanya di sebut sehingga ke hari ini.

KAMERA KODAK


Diawal kewujudan kamera digital tidak ramai menggemarinya terutama kalangan profesional. Ini kerana kamera digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an, masih menggunakan ciri-ciri kamera kompak. Kamera digital waktu itu kecil, ringan dan kemampuan imej tidak memenuhi kehendak profesional. Namun begitu sekitar awal 2000 kamera digital direka dengan mengambil kira selera profesional. Akhirnya kita telah memperolehi kamera digital dalam format SLR (Single Lens Reflex). Gambar di bawah menunjukkan jenis camera SLR yang terawal.

SLR - SINGLE LENS REFLEX


Selepas kemunculan pelbagai kamera yang merentasi dunia teknologi, muncul lagi sebuah kamera yang seakan kamera SLR. Kamera yang mempunyai pelbagai fungsi dan kebolehan ini di beri nama DSLR (Digital Single Lens Reflex ). Tanpa menggunakan filem dan penggunaan tidak terhad.

DSLR - DIGITAL SINGLE LENS REFLEX

Sekian.