Monday, May 19, 2014

Apa itu Aperture Dan Shutter Speed

Aperture

Aperture diukur dalam 'f-stop'. Contoh bacaan aperture: f/1.4, f/1.8, f/2.8, dan f/5.6. Sebenarnya aperture ni adalah bukaan lensa. Konsepnya sama macam mata kita. Keluasan bukaan akan mempengaruhi jumlah cahaya yang masuk. Nombor yang kecil menunjukkan bukaan yang luas manakala nombor yang besar beerti bukaan yang kecil.

Cara penggunaannya, dalam waktu atau suasana yang terang benderang, gunakanlah aperture yang kecil (bukaan yang kecil). Sebabnya untuk mengelakkan over expossure. Macam apa yang telah dinyatakan tadi, konsep aperture sama dengan mata kita. Kalau di tempat terang, kita akan kecilkan mata kita..jadi untuk kamera, anda kenelah menggunakan aperture yang kecil.

Perkara yang selalu new photographer confius ialah term aperture besar and aperture kecil. Untuk pengetahuan anda, aperture kecil merujuk kepada bacaan f/stop nombor yang besar. Aperture besar pula merujuk kepada f/stop yang nombornya kecil. Jadi secara mudahnya, f/1.4 adalah besar daripada f/22.

Pengawalan bukaan aperture adalah penting untuk menentukan hasil gambar kita. Untuk belajar boleh la guna simulasi kamera. Selain aperture, shutter speed dan ISO juga memainkan peranan penting.




Contoh aperture




Shutter Speed - 1/xxxs 


Shutter speed ialah kadar kelajuan shutter ditutup apabila sesuatu image di'capture'. keadaan ini menentukan berapa lama image terdedah kepada cahaya. Semakin laju shutter speed (fast shutter speed), semakin 'sharp' image yang di'capture.' Semakin perlahan shutter speed (slow shutter speed), semakin 'blur' image yang di'capture'.

Shutter speed juga memainkan peranan penting semasa menangkap gambar. Jadi, apakah mekanisma yang mengawal shutter speed? Shutter speed ditentukan dalam unit per saat (per second). Sebagai contoh, 1/1000s dan 1/500s. Shutter Speed 1/1000s adalah lebih laju berbanding shutter speed 1/500s. Kebolehan menukar shutter speed ini boleh membuatkan gambar yang di'capture' lebih menarik. Sebagai contoh, mengambil gambar objek yang sedang bergerak memerlukan shutter speed yang laju untuk menghasilkan image yang lebih sharp manakala mengambil gambar air terjun dengan menggunakan shutter speed yang perlahan boleh menghasilkan efek 'blur' pada air tersebut. Hal ini boleh membuatkan gambar yang diambil lebih menarik dipandangan mata. Contohnya:



Contoh shutter speed


slow shutter speed

fast shutter speed

Sekian.


Cc : True DSLR


0 potpetpotpet: